Ketahui cara kami menempa ekonomi digital inklusif untuk semua individu berkembang maju
Sejak penubuhannya pada 2017, TNG Digital berdedikasi untuk memperkasakan rakyat Malaysia melalui akses dan keterangkuman bagi memperkayakan kehidupan mereka. eDompet kami melangkaui pembayaran semata-mata dengan memacu negara ke arah masyarakat tanpa tunai melalui teknologi canggih dan pakatan strategik. Pada masa yang sama, kami memupuk ekonomi inklusif digital di mana kedua-dua pengguna dan pemilik perniagaan kecil boleh berkembang melalui strategi tiga E kami: Engaging with stakeholders (Melibatkan pihak berkepentingan), Enabling affordable access (Mendayakan akses mampu milik) dan Empowering with trusted and safe financial solutions (Memperkasakan dengan penyelesaian kewangan yang dipercayai dan selamat).
GO+ menawarkan pertumbuhan kewangan yang mampan melalui Pelaburan Pasaran Wang patuh Syariah yang berisiko rendah. Ia diuruskan oleh Principal Asset Management Berhad yang membolehkan pengguna untuk peroleh pulangan harian.
Dilancarkan pada 2020, GO+ ialah produk perkhidmatan kewangan pertama kami yang direka untuk menggalakkan lebih ramai individu menabung, terutamanya dalam kalangan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan. Sesiapa sahaja boleh mula menyimpan dari serendah RM10 sambil menikmati fleksibiliti untuk menggunakan baki mereka seperti baki eDompet biasa.
Info lanjutPelaburan, atas kerjasama dengan Principal, menawarkan perkhidmatan pelaburan pada 2022, diikuti oleh Amanah Saham Nasional Berhad setahun kemudian. Disepadukan dalam eWallet, GOinvest membolehkan pengguna melabur dari serendah RM10, menjadikan pelaburan lancar, tidak leceh dan mudah. Ini memberi akses pelaburan kepada semua, tidak kira yang baru atau mahu melabur dengan modal kecil.
Info lanjutInsurans menawarkan enam produk insurans terus dalam eDompet melalui kerjasama dengan AIA, Allianz, Etiqa, MSIG, Takaful Ikhlas, Takaful Malaysia dan Zurich Takaful. Hab sehenti ini bermula dengan CarInsure untuk pelan insurans dan takaful, termasuk pembaharuan cukai jalan, dan telah berkembang dengan WalletSafe untuk perlindungan eDompet tambahan, SafeTrip untuk insurans pelancongan domestik dan antarabangsa, MotoInsure untuk insurans motosikal, SafeHome untuk insurans rumah dan isi rumah serta Insure360 untuk penyakit kritikal dan pelan perubatan.
Selain itu, kami juga menyokong Perlindungan Tenang, satu inisiatif kerajaan bertujuan untuk meluaskan jaringan keselamatan sosial kepada golongan B40.
Info lanjutGOpinjam, atas kerjasama dengan CIMB dan boleh diakses melalui TNG eWallet, menawarkan pinjaman mikro yang disesuaikan bagi mereka yang kurang mendapat perkhidmatan di bank dan kewangan. Ciri pinjaman kami membolehkan pengguna meminjam dari serendah RM100 sehingga maksimum RM20,000, dengan pembayaran balik yang fleksibel bermula dari 1 minggu hingga 24 bulan. Setelah diluluskan, dana akan disalurkan terus ke eDompet atau akaun bank pengguna.
GOpinjam terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 21 hingga 60 tahun dengan pendapatan bulanan minimum RM1,400 dan ke atas, memastikan akses kepada pelbagai individu.
Info lanjutDilancarkan pada Mei 2023, Pengiriman memudahkan pengguna kami untuk menghantar wang antarabangsa ke lebih daripada 50 negara. Pengguna boleh menghantar dana terus ke akaun bank penerima, eDompet atau mengatur pengambilan tunai, semuanya pada kadar pertukaran yang kompetitif. Ini membantu merapatkan jurang akses kewangan, membenarkan mereka di kawasan terpencil atau tanpa akses perbankan tradisional, termasuk pekerja asing untuk menghantar wang ke luar negara atau negara asal untuk tujuan simpanan atau sokongan keluarga.
Info lanjutSelaras dengan komitmen kami terhadap tanggungjawab sosial, kami telah melancarkan inisiatif untuk menyokong golongan B40 melalui fleksibiliti TNG eWallet.
Melalui Dana Rahmah, kami menyasarkan untuk mengumpul RM2.8 juta derma bagi menyediakan perlindungan insurans kepada kira-kira 70,000 rakyat Malaysia B40 atas kerjasama dengan Allianz dan Yayasan Prihatin Nasional.
Info lanjutPada suku ketiga 2020, kami telah memperkenalkan Merchant Dashboard kepada rakan niaga kami. Disepadukan dalam TNG eWallet, ia berfungsi sebagai alat penyelesaian perniagaan yang lengkap, membolehkan rakan niaga kami untuk:
Merchant Dashboard adalah percuma dan menawarkan akses lancar antara akaun peribadi dan perniagaan, tanpa memerlukan apikasi berasingan.
Info lanjutInklusi kewangan kami melangkaui rakyat Malaysia ke pekerja asing juga, untuk memenuhi keperluan mereka. Kemudahan ini sangat bermakna kerana mereka boleh mendaftar akaun dengan hanya menggunakan pasport asal melalui telefon bimbit. Mereka boleh menerima pindahan daripada lebih 30 bank di Malaysia dan memohon Touch ‘n Go eWallet Visa card untuk pengeluaran tunai di mana-mana ATM.
Perisian Penggajian kami membolehkan perniagaan membayar pekerja asing dan pekerja sambilan mereka melalui sistem pengurusan tunai atau portal perbankan sedia ada mereka, tanpa perlu menggunakan akuan berasingan.
Info lanjut